Belian atas talian.

  Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Posting kali ini saya mahu mengetengahkan mengenai belian atas talian atau lebih dikenali sebagai Shopping Online.

Sebelum itu, blog ini merupakan blog yang telah dibuat semula berikutan blog lama sudah tidak terusik dan terbiar. Saya membuat penjenamaan semula supaya blog ini lebih segar dengan pelbagai informasi terutamanya mengenai barang - barang yang dijual atas talian.

Melalui blog ini, saya akan membuat review tentang barangan yang telah saya beli di atas talian. Diharapkan dengan adanya blog ini, sedikit sebanyak mampu untuk membantu pembaca memilih barangan yang baik dan berkualiti melalui pendapat yang saya akan utarakan di dalam blog ini. 

Seperti yang kita semua tahu, dunia hari ini lebih mudah dengan adanya internet. Pelbagai bentuk maklumat dan sebagainya dapat kita peroleh. Begitu juga dengan dunia jual beli, dengan adanya platform online penjual dan pembeli lebih mudah untuk berurusan tanpa perlu bersua muka. 

Laman sesawang jual beli atas talian seperti Lazada, Shopee, Mudah.my, ZALORA dan sebagainya dilihat semakin mesra pengguna dan mudah untuk digunakan. 

Dan untuk blog ini, saya akan membuat review dan unboxing mengenai barang yang telah saya beli di laman shopee. Mengapa saya memilih shopee berbanding laman beli belah yang lain? Ada 3 sebab utama yang menarik minat saya mengenai shopee ini. 

1. Aplikasi yang dibina mudah dan mesra pengguna. 
2. Terdapat pelbagai pilihan barangan dari dalam dan luar negara. 
3. Boleh bandingkan harga antara penjual (rasanya lagi murah jika dibandingkan dengan laman beli belah yang lain). 

Sekali lagi, semoga dengan terdapatnya blog ini sedikit sebanyak boleh membantu pembaca dan pembeli atas talian membuat pilihan yang lebih baik. Jika terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah taip di komen. 





No comments: