Beli meja laptop dari shopee.

    Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua yang membaca posting ini. Baru - baru ini, saya ada membeli sebuah meja laptop dari seorang penjual di shopee.

Banyak pilihan yang terdapat dalam shopee, dan saya membuat pilihan untuk membeli dari seller ini setelah membuat rujukan dan penilaian dari harga dan komen pembeli.

Harga yang ditawarkan adalah sebanyak RM 17. 90 dari RM 19.90. Sekarang ini kedai itu sedang membuat jualan kilat sempena jualan 7.7 shopee. Stok barangan pula masih terdapat 119 stok. 

Untuk yang nak mendapatkan meja ini bolehlah pergi ke link ini :- https://shopee.com.my/product/63469685/1549463212?v=4ef&smtt=0.0.10

Dari penilaian saya untuk produk ini, saya bagi 5 markah dari 10 iaitu dalam kategori memuaskan.


P/s : saya ada buat video unboxing meja ini, boleh pergi laman youtube saya di MEJA LAPTOP DARI SHOPEE

Sekian dari saya, terima kasih sudi baca. 

Belian atas talian.

  Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Posting kali ini saya mahu mengetengahkan mengenai belian atas talian atau lebih dikenali sebagai Shopping Online.

Sebelum itu, blog ini merupakan blog yang telah dibuat semula berikutan blog lama sudah tidak terusik dan terbiar. Saya membuat penjenamaan semula supaya blog ini lebih segar dengan pelbagai informasi terutamanya mengenai barang - barang yang dijual atas talian.

Melalui blog ini, saya akan membuat review tentang barangan yang telah saya beli di atas talian. Diharapkan dengan adanya blog ini, sedikit sebanyak mampu untuk membantu pembaca memilih barangan yang baik dan berkualiti melalui pendapat yang saya akan utarakan di dalam blog ini. 

Seperti yang kita semua tahu, dunia hari ini lebih mudah dengan adanya internet. Pelbagai bentuk maklumat dan sebagainya dapat kita peroleh. Begitu juga dengan dunia jual beli, dengan adanya platform online penjual dan pembeli lebih mudah untuk berurusan tanpa perlu bersua muka. 

Laman sesawang jual beli atas talian seperti Lazada, Shopee, Mudah.my, ZALORA dan sebagainya dilihat semakin mesra pengguna dan mudah untuk digunakan. 

Dan untuk blog ini, saya akan membuat review dan unboxing mengenai barang yang telah saya beli di laman shopee. Mengapa saya memilih shopee berbanding laman beli belah yang lain? Ada 3 sebab utama yang menarik minat saya mengenai shopee ini. 

1. Aplikasi yang dibina mudah dan mesra pengguna. 
2. Terdapat pelbagai pilihan barangan dari dalam dan luar negara. 
3. Boleh bandingkan harga antara penjual (rasanya lagi murah jika dibandingkan dengan laman beli belah yang lain). 

Sekali lagi, semoga dengan terdapatnya blog ini sedikit sebanyak boleh membantu pembaca dan pembeli atas talian membuat pilihan yang lebih baik. Jika terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah taip di komen.